Saturday, May 28, 2011

Aktiviti cikgu masa cuti sekolah


Salam. Cuti sekolah dah bermula. Tapi aku tak rasa cam cuti pon. Dah dua hari aku asyik buat macam-macam keja. Maklumlah, tumpang bersemangat dan rajin. Hari pertama cuti, Jumaat, sibuk menolong mak cik buat persiapan kenduri arwah. Sabtu, clearkan dokumen dalam komputer dan pendrive yang dah berserabut dan bertimbun. Di samping, menanda kertas. tanda karangan bebudak ni wat aku sakit kepala. Padahnya, tanda 2 pelajar, terpaksa pegi buat kerja len, kemudian baru tanda pulak, 2-3 orang. Bila nak abis camni ekk. Selain tu, banyak lagi plan aku pada cuti sekolah ni. Semuanya terbahagi kepada 3 bahagian utama.

Pertama - P&P. Jadi sangat bersemangat nak menyiapkan modul dan bahan sebabnya sudah kena basuh 2 kali dalam minggu terakhir ni. Ada 2 kursus bahasa Inggeris yang aku kena sertai dalam masa seminggu. Atas alasan, aku guru paling baru di kalangan guru bahasa Inggeris di sek. Tapi, bagus juga. Motivasi tahap gaban sekarang ni.Jadi, plan for cuti....
1. Aku dah bertekad nak siapkan satu modul grammar English Form 2.
2. Marking paper exam dan siapkan dalam minggu pertama.
3. Cari bahan dan aktiviti untuk memperkukuhkan essey pelajar form 3 aku ni.
4. Kemaskan semua bahan2 P&P yang dah digunakan dan masukkan dalam fail modul.
5. Lelain yang difikirkan perlu.

Kedua - PSS. Ni pun satu hal yang tak pernah habis untuk dibereskan. Ada saja kerja. Yang paling aku lemah dan malas adalah keja pentadbiran dan pengkeranian. Kenapa la sek aku x ada kerani N 17, pembantu PSS tu ya? Musykil. Banyak juga keja lib yang tertangguh dan pura2 pejam mata selama ni. Kekadang tak larat tau. Jadi, cuti ni harapnya dapat settle..
1. Siapkan dan hantar kertas kerja, surat menyurat dan permohonan lawatan ke JPN.
2. Key in jumlah bacaan NILAM dalaman, jumlah bacaan nak dimasukkan ke dalam markah peperiksaan pertengahan tahun.
3. Siapkan perancangan aktiviti bulan membaca dan minggu bahasa.
4. Rancang dan laksanakan temuduga pemilihan pengawas pss baru + majlis lantikan.
5. Key in i-NILAM ???? ( pura2 lupa la dulu)
6. Rancang pembelian buku dan bahan. (kerani suruh habiskan duit)
7. Rancang operasi keceriaan di bilik tayang, bilik media dan stor.
8. Lelain.

Ketiga - Aku, keluarga dan rumah.
1. Minum susu... hehe... dah tua. Tulang dah rapuh.
2. Jahit langsir. Bilik tidur 1, 2, dapur, ruang tamu.
3. Cari tailor wat baju raya.
4. Beli carpet baru.
5. Beli hadiah kawin buat kengkawan dan sedara mara yang kawin, pi kenduri.
6. Updates blog. 1/2 jam ajer sehari.






1 comment:

  1. Salam

    itulah cikgu.. semoga terus teguh menjadi guru cemerlang.

    ReplyDelete