Thursday, January 21, 2010

Lantikan GPM


Aku dah mendengar khabar angin yang aku akan dilantik menjadi Penyelaras PSS / GPM sejak akhir tahun lepas lagi. Sebabnya GPM sebelum ni, Kak R dilantik jadi guru cemerlang BM, jadi kena lepaskan tugas GPM tu. Bagus juga sebab aku memang minat baca buku.

Tahun ni, jadi kenyataan walaupun berlaku kesilapan jadual aku dengan cikgu A. Aku dapat jadual penuh 25 waktu sedangkan A dapat 16 waktu aja. Banyak orang selalu tersilap di antara kami berdua ni. Sebab kami berdua cikgu baru dan sama-sama kecik molek. Sekarang dah boleh beza sikit sebab A dah pakai cermin mata. Dulu orang bezakan kami dengan subjek yang diajar saja. A ajar IT dan Sejarah, manakala aku ajar English dan KH. Lawaknya, pak cik guard kata, dia bezakan kami dengan tengok saiz mata. Aku mata besar n A mata kecik. Haha..

Ni dah abis minggu keempat, dah tiga kali jadual mengajar aku bertukar. Dengar kata awal bulan Februari nanti bertukar lagi. Yang bagusnya, tiap kali bertukar, masa mengajar aku dah semakin sikit. Nanti lagi sikit. Sekolah dapat pekeliling terbaru yang mengingatkan bahawa jadual mengajar GPM hanya di antara 6-8 waktu sahaja. Tapi sebab aku mengajar English 2 kelas, jadi jadual aku 10 waktu. Aku pun tak nak lepaskan kelas BI. Sayang nak tinggalkan pelajar aku dari tahun lepas. KH terpaksa la dikorbankan.

3 minggu persekolahan, dah 4 pembekal buku datang jumpa untuk jual buku. Hari ketiga persekolahan, pembekal pertama yang datang tu aku suruh datang semula hari lain sebab waktu tu aku memang tak tahu menahu langsung cam mana urusan pembelian buku. Tambahan pula, takda sapa dari AJK PSS yang boleh temankan aku masa tu. Alhamdulillah, sekarang aku dah pandai pilih dan beli buku. Dah beli RM 2000.o0..

Pening kepala juga nak buat perancangan aktiviti bagi PSS dan semuanya nak segera. Yang penting dah buat 3 aktiviti dalam masa 4 minggu. Minggu pertama, buat sesi orientasi memperkenalkan PSS kepada pelajar Tingkatan 1. Pertama kali aku bercakap di dewan besar. Kedua, mesyuarat aka motivasi aka kursus kepada pengawas PSS pada minggu kedua persekolahan. Hari Ahad ni, insyaAllah buat aktiviti gotong-royong dan pengubahsuaian susun atur dalam PSS pula. Hari Selasa, buat mesyuarat induk AJK PSS.

Menjadi GPM ni, banyak aku belajar dan banyak pengalaman adalah pengalaman pertama. Aku bertuah sebab mendapat sokongan dan tunjuk ajar dari kawan-kawan semua.

3 comments:

  1. salam
    mata besar? bijak pak guard tu hehe

    ReplyDelete
  2. salam cik gu.
    bukan semua cikgu suka jadi
    penyelaras PSS ni, kalau boleh
    tolak mmg nak tolak.
    Apa pun tahniah ya cikgu sanggup
    memikul tugas tu. cari pengalaman...........

    ReplyDelete
  3. Salam..

    to Irtiyah : Pak Guard tu memang suka sakat orang..

    to Ibu.. Guru.. : Antara sebab tambahan yang saya terima jadi GPM ni kerana diorang nak lantik saya jadi Ketua Panitia B. Inggeris tahun ni. Dah tu siap cakap kontrak 3 tahun. Tak berani la saya.. Rasa rendah diri aja sebab dah ada 2 orang cikgu cemerlang, 1 orang GK dan seorang PK tingkatan 6 yang sama-sama ajar BI. Jadi GPM cam keluar mulut harimau, masuk mulut naga la.. Hehe..

    ReplyDelete