Thursday, January 21, 2010

Gotong-royong


























Rabu lepas, aku dan AJK PSS aka AJK Kelab Guru (p/s : kami bertiga ( Cikgu A n Cikgu M ) ada dalam AJK yang sama bagi kedua-dua organisasi ni) buat dua operasi pembersihan.

Di PSS, bersihkan stor lama yang penuh dengan harta karun tinggalan zaman Tok Nadok dulu. (p/s : aku pun tak kenal sapa Tok Nadok ni, tapi mak aku selalu cakap cam ni kalau nak menggambarkan zaman lama-lama dulu). Dalam stor tu ada meja-meja lama yang dah tak cukup kakinya, ada kerusi plastik yang pecah, ada surat khabar yang menggunung serta buku-buku lama yang pastinya boleh masuk arkib kalau masih elok. Tapi buku yang ada hanyalah yang dah koyak rabak. Stor ni kena dibersihkan sebab aku ada plan besar untuk renovate bilik ni bagi memaksimumkan pengunaan PSS tu.

Di bilik guru pulak, kami bersihkan 8 almari di bahagian belakang dalam bilik guru. Sesuka hati aja, cikgu-cikgi tu sumbat segala kertas dan barang dalam dan atas almari tu. Menyakitkan mata aja kalau tengok barang bersepah-sepah atas almari tu. Yang dalam almari tu, kalu tak buka takpa, kalu buka, haaa.. Entahlah.. Kertas-kertas dan barang zaman awal 2000 dulu pun ada lagi, barang cikgu yang dah pindah pun ada lagi. Aku dah bagi amaran supaya depa pindahkan atau tandakan barang yang masih mahu disimpan, ada sesetengah tu dah nampak kami buat operasi punggah-memunggah tu baru la datang nak tanda. Nasib baik belum buang. Ada pulak, bila kami dah buang, baru datang tanya mana fail-fail dia. Tak pasal-pasal pulak aku dan gang terpaksa cari dalam timbunan kertas-kertas tu. Yang mana jumpa takpelah, yang tak jumpa tu minta maaflah. Amaran dah diberi, sapa suruh tak ambil berat. Bila semua almari dah kosong dan kemas, ada la pulak yang nak ruangan almari tu depa nak guna. Cheh, masa almari tu penuh dengan segala mak neka tu, tak ada pulak yang nak tolong kemas.

Kertas dan segala barang yang boleh dijual tu, aku panggil syarikat kitar semula untuk beli. Dia amik RM 0.25 untuk setiap kilogram. Tapi aku tak puas hati gak la sebab dapat hanya RM 48 bagi timbunan tu. Aku budget leh dapat RM 70 ++. Huh.. Tapi takpelah, yang penting, dah ada space dan makin kemas PSS dan bilik guru.

Dua minggu lepas, aku dan gang ubah susunan meja dalam bilik guru. Sebabnya, sehari sebelum tu empat orang cikgu tingkatan 6, angkat meja dan segala barang depa ke bilik baru, jadi kami ambik la kesempatan nak ubahsuai. Aku bertuah la dapat kerjasama dari semua cikgu lain, walaupun ramai cikgu lelaki yang kuat mengusik dan buat lawak dari tolong buat kerja. Meriah.. Aku dan gang aku sebenarnya nak tarik diri dari jadi AJK Kelab guru tahun ni, sebab penat uruskan dari tahun lepas ditambah pula masing-masing banyak dapat tugas lain, tapi macam-macam pulak aktiviti yang dah buat. Takpelah, lepas ni bagi kat cikgu-cikgu muda pulak.

No comments:

Post a Comment