Monday, December 21, 2009
Contoh penulisan Aktiviti Pertama di dalam Kelas
Ni adalah koleksi penulisan yang aku minta pelajar buat dulu. Pelajar Tingkatan 4B di SMKMD. Aku bukukan agar senang dibuka dan dikumpul.. Seronok bila membaca semula hasil pelajar dan mengenangkan telatah mereka ni semua. Yang aku tunjuk ni adalah aktiviti yang aku buat di akhir tahun. Ini dapat memberi refleksi tentang aku jugak.. Untuk penulisan ni aku minta mereka tulis tentang :
Dadih
Aku tak suka minum susu tapi aku suka makan DADIH.. Sedapnya kalau makan dadih yang sejuk tu. Yurm yurm...
Kat sini nak kongsi resipi dadih.. bukan payah, beli aje dadih segera jenama Happy Grass tu.. Ada macam-macam perisa. Contohnya keladi, jagung, tembikai susu, oren, strawberry, coklat dan banyak lagi.. cuma tuang ke dalam air dan tuang ke dalam bekas yang comel-comel tu.. Sedap..
Ni contoh dadih segera jenama Happy Grass tu.. Harganya pulak berbeza-beza mengikut kedai. Yang paling mahal yang aku jumpa ialah RM 5.60 manakala yang paling murah RM 4.50..
Friday, December 18, 2009
Aktiviti Hari Pertama di dalam Kelas
Hari pertama di sekolah memang mengujakan bagi cikgu-cikgu dan para pelajar. Yelah, sebulan setengah bercuti tentunya masing-masing membawa seribu satu macam cerita untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain. Cikgulah yang akan pening kerana pelajar semua lebih suka nak bersembang daripada mendengar pengajaran cikgu. Walaupun begitu, biasanya hari pertama dan minggu pertama persekolahan adalah untuk sesi perkenalan di antara cikgu dan pelajar serta pelajar dengan pelajar. Jika pelajar tingkatan 1, ada pula sesi perkenalan pelajar dengan pentadbir dan sekolah. Di sini ada beberapa idea yang boleh digunakan pada hari pertama sesi persekolahan.
- Cikgu memperkenalkan diri kepada pelajar. Kita boleh membawa barangan kesukaan kita seperti koleksi buku atau gambar serta berkongsi sedikit maklumat tentang kita kepada pelajar seperti tempat pengajian, subjek yang akan diajar dan lain-lain yang difikirkan perlu.
- Pelajar memperkenalkan diri. Kalau masa aku belajar dulu, mesti kena berdiri dan memperkenalkan diri. Sebut nama penuh, nama panggilan, tempat tinggal, kegemaran dan cita-cita. Yang penting pada kita ialah untuk kita mengingati nama pelajar. Sebutlah nama mereka perlahan-lahan selepas mereka menyebutnya atau gunakan nama mereka untuk menyoal dengan lebih lanjut. Dengan mengetahui nama pelajar, urusan disiplin adalah lebih mudah.
- Walaupun terdapat banyak idea yang boleh digunakan untuk hari pertama sesi persekolahan, yang aku gunakan dan paling berkesan ialah dengan meminta pelajar menulis di atas kertas. Kita boleh minta mereka menulis harapan mereka untuk tahun ini, ciri-ciri guru yang baik, cara penganjaran yang mereka mahukan, komen terhadap sekolah (jika mereka bersekolah di sekolah yang sama pada tahun sebelumnya) atau sebagainya.
Ini kerana apabila mereka menulis, kita berpeluang untuk mengingat nama pelajar apabila kita berjalan mengelilingi dan memantau mereka menulis. Kita juga dapat menilai pemikiran mereka berdasarkan hasil penulisan tadi di samping menilai tahap penguasaan bahasa mereka. Malah, pelajar yang bermasalah seperti tidak mengusai kemahiran menulis dan pelajar yang enggan membuat kerja mudah untuk dikenalpasti.Di samping itu juga, pelajar akan lebih terbuka dalam memberikan pendapat kerana mereka tahu penulisan mereka tidak dinilai secara formal.
Penulisan mereka boleh disimpan dan diedarkan semula pada akhir tahun misalnya. Ia amat menyeronokkan kerana pelajar dapat membaca semula penulisan mereka setelah hampir setahun berlalu.
Aktiviti ini juga bagus dilakukan ketika di akhir tahun, di mana kita boleh meminta pelajar memberi komen tentang P&P, tentang guru mahu pun tentang sekolah. Pelajar tak perlu menulis nama, hanya tulis komen. Kita mungkin akan merasa terkejut dengan apa yang mereka fikirkan..
Hari Pertama di Sekolah untuk Guru Baru
Tahun ni merupakan tahun kedua aku mengajar. Tapi aku dah bertugas di dua buah sekolah. Posting pertama di Sarawak dan tahun ni aku minta balik ke Kedah. Aku nak berkongsi tentang apa yang sepatutnya dibuat pada hari pertama di sekolah jika kita guru baru posting mahupun jika kita baru bertukar sekolah.
Semestinya kita akan gementar untuk meneroka persekitaran baru, tapi tak perlu bimbang sebab biasanya pentadbir, staf, cikgu-cikgu lain akan mengalu-alukan kedatangan kita. Jadi untuk memudahkan kita menyesuaikan diri, apa yang perlu kita lakukan adalah menjadi diri kita sendiri di samping menghormati orang lain.
Antara yang boleh kita lakukan ialah:
Semestinya kita akan gementar untuk meneroka persekitaran baru, tapi tak perlu bimbang sebab biasanya pentadbir, staf, cikgu-cikgu lain akan mengalu-alukan kedatangan kita. Jadi untuk memudahkan kita menyesuaikan diri, apa yang perlu kita lakukan adalah menjadi diri kita sendiri di samping menghormati orang lain.
Antara yang boleh kita lakukan ialah:
- Berjumpa dengan Pengetua/Pen. Kanan terlebih dahulu untuk melaporkan diri. Ini adalah penting supaya sekolah boleh mengesahkan penempatan kita di PPD dan JPN.
- Di samping itu juga, adalah penting untuk kita menceritakan kepada pentadbir sekolah mengenai pengkhususan subjek serta kebolehan / kemahiran kita supaya dapat membantu pihak pentadbir memberikan kita subjek /tugas /guru penasihat ko-kurikulum yang sesuai. Jangan terkejut jika kita mendapat subjek yang bukan pengkhususan kita kerana pembahagian sujek bergantung kepada keperluan sekolah itu sendiri.
- Memperkenalkan diri dengan semua pentadbir / guru / staf / pekerja. Jadilah seorang yang ramah tamah dan senyum selalu. Pakailah tanda nama supaya orang senang mengingati nama kita.
- Adalah penting untuk meminta tolong sesiapa menunjukkan tempat duduk kita di dalam bilik guru. Sebabnya kita tak tahu mana tempat yang kosong kan.
- Beramah mesralah dengan semua orang. Walaupun kepada pekerja lain seperti pembantu am di pejabat mahupun di makmal, mak cik pencuci, pekerja kantin dan tukang kebun. ini kerana pastinya ada suatu hari nanti kita akan memerlukan bantuan mereka.
Sunday, December 6, 2009
Sahabat
Aku balik ke kampung hujung minggu lalu sebab nak menghadiri kenduri kahwin dua kenalan sekolah aku. Bukannya rapat sangat pun waktu sekolah dulu, tapi memandangkan ramai jugak kawan-kawan yang lain nak pergi, aku pun tumpang sekaki.
Sejak berkahwin, aku dah jarang keluar untuk berjumpa kawan-kawan. Lagipun masing-masing dah bawa haluan sendiri dan bertebaran di bumi Allah ni nak mencari rezeki. Kali terakhir aku jumpa kawan-aku ni pada hari perkahwinan aku. Nun, setahun yang lalu.
Untuk pertemuan kali ni, aku rasa gementar sebenarnya. Aku bimbang kalau mereka marah takpun merajuk, maklumlah, dah kawin terus lupa kawan. Aku bukan macam tu sebenarnya. Aku masih rindu pada semua, cuma kekangan masa yang menyebabkan kami tak boleh berhimpun macam dulu lagi.
Namun alhamdulillah.. Mereka menyambut baik kedatangan aku dan kami bertukar-tukar cerita. Terasa lapang dada bila dapat berkongsi segalanya. Aku dah terlupa tentang keindahan mempunyai sahabat karib. Pertemuan ini memberikan aku semangat baru untuk mengakrabkan kembali dengan sahabat-sahabat lama dan membina serta memupuk persahabatan yang baru.
Thursday, December 3, 2009
Lonely
Staying at home with nothing to do.. Feeling lonely and sorry for myself.. A little sad coz couldn't think anything happy..
P/S : I got a lot of works that need to be done, but didn't have the spirit nor the energy to do it..
I have to search for the WAKE UP call!!!
LONELY -AKON
Lonely I'm Mr Lonely,
I have nobody,
For my own
I'm so lonely, I'm Mr. Lonely
I have nobody,
For my own
I'm so lonely,
Yo this one here goes out to all my players out there ya know got that one good girl who's always been there like ya
Know took all the bullshit then one day she can't take it no more and decides to leave
I woke up in the middle of the night and I noticed my girl wasn't by my side, coulda sworn I was dreaming, for her I was
Feenin, so I had to take a little ride, back tracking over these few years, tryna figure out what I do to make it go bad, cause
Ever since my girl left me, my whole life came crashing
I'm so lonely (so lonely),
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl
I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl
Can't believe I had a girl like you and I just let you walk right outta my life, after all I put you through you still stuck
Around and stayed by my side, what really hurt me is I broke your heart, baby you were a good girl and I had no right, I
Really wanna make things right, cause without you in my life girl
I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl
I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl
Been all about the world ain't never met a girl that can take the things that you been through
Never thought the day would come where you would get up and run and I would be out chasing you
Cause ain't nowhere in the globe I'd rather be, ain't no-one in the globe I'd rather see then the girl of my dreams that made me
Be so happy but now so lonely
So lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own)
I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl
Never thought that I'd be alone, I didn't think you'd be gone this long, I just want you to call my phone, so stop playing girl and
Come on home (come on home), baby girl I didn't mean to shout, I want me and you to work it out, I never wished I'd ever
Hurt my baby, and it's driving me crazy cuz...
I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own)
I'm so lonely (so lonely)
I'm Mr. Lonely (Mr. Lonely)
I have nobody (I have nobody)
For my own (to call my own) girl
Lonely, so lonely
So lonely, (so lonely),
Mr. Lonely, so lonely
So lonely, so lonely, (so lonely), Mr. Lonely
Tuesday, December 1, 2009
Bendahari Kelab Guru
Memori aku menjadi Bendahari Kelab Guru dan Kakitangan.
Tahun 2009, aku bertukar ke sekolah baru. Mesyuarat pertama terus dilantik sebagai Bendahari Kelab Guru dan Kakitangan. Habis mesyuarat pertama tu berduyun-duyun cikgu-cikgu lain datang bayar yuran.. aku tertanya-tanya.. Depa ni banyak duit sangat ke sampai tak sempat-sempat nak bayar yuran terus.. Sekadar terdetik dalam hati ajala..
Sepanjang setahun menjalankan tugas sebagai bendahari kelab guru, banyak yang aku dapat pelajari. Di kesempatan ni aku nak berkongsi, mana tau tahun depan korang pulak kan.. Tak kisah la bendahari kelab apa pun..
Pertama sekali kena ada senarai semua ahli untuk memudahkan kita menyemak siapa yang dah bayar dan siapa yang belum.
Diingatkan untuk menanda orang yang dah bayar dalam senarai tadi. Untuk lebih telus tandalah di hadapan mereka.
Duit yang dah dikutip tu perlu dimasukkan ke dalam sampul atau beg yang tersendiri, ini supaya duit yuran tu tak tercampur dengan duit kita sendiri. Kalu TERguna, kan jenuh nak bayar balik.
Cukup setengah tahun atau hujung tahun, buatlah penyata kewangan kelab untuk diedarkan kepada semua ahli. Cuma buat penyata pendapatan dan perbelanjaan sahaja iaitu pendapatan untuk duit yuran atau sumbangan dari mana-mana pihak lain. Manakala perbelanjaan ialah segala aktiviti yang mengurangkan duit kelab kita.
Lebih baik jika setiap perbelanjaan kita, kita simpan segala resit tu. Paling tidak, senaraikan apa yang telah kita belanja, sehinggalah ke barang yang sekecil-kecilnya. Mana tahu, kalau-kalau kena soal siasat nanti, kita dah ada bukti.
Kalau kita nak buat perbelanjaan tu, pastikan segala perbelanjaan yang kita beli tu dah dapat kelulusan daripada pengerusi dan AJK kelab yang lain.
Jika mengadakan jamuan akhir tahun misalnya, untuk hadiah cabutan bertuah, kita boleh saja minta koperasi, kantin dan pembekal sekolah sumbangkan hamper. Contoh pembekal ialah pembekal buku, kontraktor bina bangunan sekolah, pembekal alatan untuk panitia mahupun pembekal alat pejabat. Pohonlah awal supaya mereka dapat sediakan. Kami dapat sumbangan 20 hamper untuk jamuan akhir hari tu..
Cikgu perempuan sekolah aku cukup minat dengan Tupperware, jadi tiap kali nak dapat hadiah ( hari guru / hari lahir ) depa akan minta hadiah Tupperware.
Itulah antara asam garam menjadi seorang Bendahari Kelab Guru yang aku tempuhi..