Tuesday, December 1, 2009
Bendahari Kelab Guru
Memori aku menjadi Bendahari Kelab Guru dan Kakitangan.
Tahun 2009, aku bertukar ke sekolah baru. Mesyuarat pertama terus dilantik sebagai Bendahari Kelab Guru dan Kakitangan. Habis mesyuarat pertama tu berduyun-duyun cikgu-cikgu lain datang bayar yuran.. aku tertanya-tanya.. Depa ni banyak duit sangat ke sampai tak sempat-sempat nak bayar yuran terus.. Sekadar terdetik dalam hati ajala..
Sepanjang setahun menjalankan tugas sebagai bendahari kelab guru, banyak yang aku dapat pelajari. Di kesempatan ni aku nak berkongsi, mana tau tahun depan korang pulak kan.. Tak kisah la bendahari kelab apa pun..
Pertama sekali kena ada senarai semua ahli untuk memudahkan kita menyemak siapa yang dah bayar dan siapa yang belum.
Diingatkan untuk menanda orang yang dah bayar dalam senarai tadi. Untuk lebih telus tandalah di hadapan mereka.
Duit yang dah dikutip tu perlu dimasukkan ke dalam sampul atau beg yang tersendiri, ini supaya duit yuran tu tak tercampur dengan duit kita sendiri. Kalu TERguna, kan jenuh nak bayar balik.
Cukup setengah tahun atau hujung tahun, buatlah penyata kewangan kelab untuk diedarkan kepada semua ahli. Cuma buat penyata pendapatan dan perbelanjaan sahaja iaitu pendapatan untuk duit yuran atau sumbangan dari mana-mana pihak lain. Manakala perbelanjaan ialah segala aktiviti yang mengurangkan duit kelab kita.
Lebih baik jika setiap perbelanjaan kita, kita simpan segala resit tu. Paling tidak, senaraikan apa yang telah kita belanja, sehinggalah ke barang yang sekecil-kecilnya. Mana tahu, kalau-kalau kena soal siasat nanti, kita dah ada bukti.
Kalau kita nak buat perbelanjaan tu, pastikan segala perbelanjaan yang kita beli tu dah dapat kelulusan daripada pengerusi dan AJK kelab yang lain.
Jika mengadakan jamuan akhir tahun misalnya, untuk hadiah cabutan bertuah, kita boleh saja minta koperasi, kantin dan pembekal sekolah sumbangkan hamper. Contoh pembekal ialah pembekal buku, kontraktor bina bangunan sekolah, pembekal alatan untuk panitia mahupun pembekal alat pejabat. Pohonlah awal supaya mereka dapat sediakan. Kami dapat sumbangan 20 hamper untuk jamuan akhir hari tu..
Cikgu perempuan sekolah aku cukup minat dengan Tupperware, jadi tiap kali nak dapat hadiah ( hari guru / hari lahir ) depa akan minta hadiah Tupperware.
Itulah antara asam garam menjadi seorang Bendahari Kelab Guru yang aku tempuhi..
No comments:
Post a Comment