Saturday, November 26, 2016

Membuat jadual waktu guru secara manual

Setelah menemui jalan buntu dalam meng key in ke dalam sistem Winjaws dan tiada bantuan pk 1 yang pergi menyelia kawasan SPM, saya pon berjumpa dengan cikgu Rosdi, orang lama yang pernah menjadi JK Jadual Waktu ni. Walaupun dia ingat ingat lupa tentang sistem ni, dia dah beri nasihat yang sangat berguna. Katanya, jangan terus key in cadangan guru kanan n ketua panitia tu ke dalam sistem, sebaiknya buat semua manual dulu.

Beliau juga turut berkongsi beberapa tipa untuk membentuk jadual secara manual. Jadi saya sesuaikan cadangan beliau dengan gaya saya sendiri.


Siap cover warna warna lagi sebab I like colourful.. hee


JADUAL 1 - Pakej mata pelajaran setiap kelas. Untuk tingkatan 1menggunakan KSSM yang baru jadi mata pelajaran da yang berbeza.




JADUAL 2 -Cadangan guru untuk mengajar tahun hadapan. Cadangan ni dikemukakan oleh ketua panitia dan diselaraskan oleh guru kanan bidang.


JADUAL 3 - Anggaran taburan waktu mengajar untuk setiap cikgu.Sekadar anggaran kerana tp,pk, gk dan guru tugas khas seperti gpm dan guru data mempunyai bilangan waktu mengajar yang sedikit berbanding guru akademik biasa.


JADUAL 5 - Jadual subjek, kelas dan jumlah minit mengajar bagi setiap guru. Ini penting untuk memastikan masa setiap guru lebih kurang sama dan memastikan tiada guru yang mendapat terlebih atau terkurang waktu.


Contoh jadual 5 yang dah isi.


JADUAL 6 - jadual cross check kelas dan guru. Utk kenal pasti adalah setiap kelas dah mempunyai guru. No yang ditulis adalah merujuk kepada no guru yang diisi di dalam jadual 5.


JADUAL 7 - kekangan. Ini perlu diisi dalam sistem winjaws bagi mata pelajaran yang berkongsi 2 orang guru seperti KH, Pendidikan Islam & pendidikan moral etc.


Bila dah isi secara manual, baru akan nampak masalah-masalah.

To be continue.... heee

No comments:

Post a Comment