Saturday, November 26, 2016

Membuat jadual waktu guru secara manual

Setelah menemui jalan buntu dalam meng key in ke dalam sistem Winjaws dan tiada bantuan pk 1 yang pergi menyelia kawasan SPM, saya pon berjumpa dengan cikgu Rosdi, orang lama yang pernah menjadi JK Jadual Waktu ni. Walaupun dia ingat ingat lupa tentang sistem ni, dia dah beri nasihat yang sangat berguna. Katanya, jangan terus key in cadangan guru kanan n ketua panitia tu ke dalam sistem, sebaiknya buat semua manual dulu.

Beliau juga turut berkongsi beberapa tipa untuk membentuk jadual secara manual. Jadi saya sesuaikan cadangan beliau dengan gaya saya sendiri.


Siap cover warna warna lagi sebab I like colourful.. hee


JADUAL 1 - Pakej mata pelajaran setiap kelas. Untuk tingkatan 1menggunakan KSSM yang baru jadi mata pelajaran da yang berbeza.




JADUAL 2 -Cadangan guru untuk mengajar tahun hadapan. Cadangan ni dikemukakan oleh ketua panitia dan diselaraskan oleh guru kanan bidang.


JADUAL 3 - Anggaran taburan waktu mengajar untuk setiap cikgu.Sekadar anggaran kerana tp,pk, gk dan guru tugas khas seperti gpm dan guru data mempunyai bilangan waktu mengajar yang sedikit berbanding guru akademik biasa.


JADUAL 5 - Jadual subjek, kelas dan jumlah minit mengajar bagi setiap guru. Ini penting untuk memastikan masa setiap guru lebih kurang sama dan memastikan tiada guru yang mendapat terlebih atau terkurang waktu.


Contoh jadual 5 yang dah isi.


JADUAL 6 - jadual cross check kelas dan guru. Utk kenal pasti adalah setiap kelas dah mempunyai guru. No yang ditulis adalah merujuk kepada no guru yang diisi di dalam jadual 5.


JADUAL 7 - kekangan. Ini perlu diisi dalam sistem winjaws bagi mata pelajaran yang berkongsi 2 orang guru seperti KH, Pendidikan Islam & pendidikan moral etc.


Bila dah isi secara manual, baru akan nampak masalah-masalah.

To be continue.... heee

Friday, November 25, 2016

Jamuan Pengawas Pusat Sumber 2016

Tugas terakhir tahun ni, mengadakan jamuan untuk pengawas pusat sumber.

Berat hati untuk melepaskan tugas sebagai GPM, (padahal belum tentu pengetua luluskan) tapi saya harus berlaku jujur. Saya tak mampu lagi nak tanggung beban kerja seorang diri. pengurusan PSS saya pon saya buta pada kadar yang termampu saja. Saya lebihkan Pdpc sahaja sekarang. Mungkin juga kerana tiada penghargaaan daripada pihak pentadbiran, tiada halangan, mereka hanya membiarkan saya mengendalikan PSS tanpa sebarang pemantauan.

Tak mahu berceloteh sakan. Ini page untuk saya letak gambar jamuan saya.














Bakar kek coklat dengan anak anak

Kakak Nurin beria ia ajak buat kek coklat. Jadi sempena first day cuti sekolah ni, mamanya layankan saja.

Semua depa sukat n kacau dalam periuk tu, walaupun berkecah rumah, okaylah supaya ada exposure pada depa. Kakak lebih cermat, mungkin sebab perempuan dan sebab dia dah besar kot.

Resepi sukat pakai cawan aja. Jadi semua senang, main campak campak aja. Tapi penat bila dah siap, nak kena lap tepung yang tumpah.





Alhamdulillah, depa makan dengan berselera sekali.

Wednesday, November 16, 2016

Beauty regime


Sebelum ni pakai pencuci dan krim siang saja. Ni tambah toner dan krim malam.

Review : toner rasanya biasa saja. Krim malam tak berminyak dan cepat meresap ke dalam kulit.


Ni hasil menggoogle drp laman blog. Katanya ni sunscreen yang bagus. Daripada jenama Cathy Doll. Boleh didapati di Guardian. Banyak lagi rangkaian produk dia.



Review : cam pekat, perlu disapu rata rata untuk mengelakkan daripada bercapuk. Kalau kulit gelap, memang kulit akan jadi kelabu. Keberkesanan, tak pasti lagi.


saya bukan pakai make up sangat. Cuma lipstik dan bedak saja. Eyeliner dan eyeshadow kadang2 saja. Tapi beli ni juga.

Review : macam lap ngan air saja. Haa...


Facial cotton ni tengah sale. Harga rm9.99 untuk3 bungkus.

Entah la berapa lama bertahan ni......
posted from Bloggeroid