Thursday, July 28, 2016

Gadget baru Pdp - beli projektor Epson dan mirascreen

Dah lama pendam hasrat nak dapatkan projektor ni. Dulu asyik tertangguh sebab kononnya boleh guna tv lcd samsung besar di bilik tayang. tapi sejak tukar laptop yang tiada point vga dan ada hdmi saja, terus usaha murni terbantut. Maka berkira-kiralah saya nak dapatkan projektor sendiri. Kebanyakan rakan-rakan saya pun masing-masing dah ada yang sendiri.

Maka, dengan rezeki tunggakan kenaikan ke DG44 hari tu, memang saya niatkan nak beli projektor ni. Mulanya nak beli di kedai tapi memandangkan sukar nak pergi survey di kedai dan Lazada menawarkan harga yang lebih murah, saya beli di Lazada saja. Pernah tengok web Harvey Norman harganya RM1399 dan di Lazada untuk model yang sama harganya cuma RM1188 sahaja. dapat juga diskaun RM20. penjimatan yang berganda iaitu RM211 ! dan semuanya di hujung jari sahaja.


Pada masa yang sama, saya juga beli alat Mirascreen. Alat ni berfungsi sebagai wireless yang menyambungkan laptop / handphone / tablet kita ke projektor/tv tanpa wayar. Jadi seorang cikgu tu dapat bergerak bebas di dalam kelas dengan membawa tablet sahaja. Selain tu, cikgu juga boleh snap gambar buku / latihan yang nak ditayangkan dengan menggunakan camera handphone dan terus ditayangkan. Walla... Alat ni ada dijual di Lazada, tapi boleh didapatkan dengan harga yang lebih murah di Lelong. 

No comments:

Post a Comment