Wednesday, January 7, 2015

DIY papan lipat baju

tiba -tiba teruja nak buat papan lipat baju. kononnya nak memudahkan kerja sebab dua tiga gunung baju yang perlu dilipat. berusaha dengan gigih mencari dan memotong kotak mengikut spesifikasi yang digoogle.


 
macam biasa Nurinlah sebagai modelnya. Baju kelab kereta suami menjadi bahannya.





Review : Hasilnya kemas jika menggunakan baju T-shirt yang standard. Memang mudah untuk melipat dan lipatan semua baju akan jadi seragam. Namun saiz ni bagi saya tak sesuai sebab almari saya kecil dan lipatan baju ni agak besar dan panjang. Saya rasa kalau nak lipat t-shirt yang nak dimasukkan ke dalam plastik tu sesuai la.



akhir sekali lipat dua juga. masih tak puas hati kerana terlalu lebar. 
jadinya saya kurangkan ukuran lebar baju daripada 25 kpd 23, baru cun untuk saiz almari saya.

No comments:

Post a Comment