Wednesday, January 7, 2015

DIY papan lipat baju

tiba -tiba teruja nak buat papan lipat baju. kononnya nak memudahkan kerja sebab dua tiga gunung baju yang perlu dilipat. berusaha dengan gigih mencari dan memotong kotak mengikut spesifikasi yang digoogle.


 

Saturday, January 3, 2015

Basikal baru Nurin



Abah Nurin belikan basikal baru bila kami dok bincang apa aktiviti yang dapat meletihkan dia, supaya dia dapat tidur dengan lebih cepat di malam hari.

Basikal beli di Kelang Lama Kulim. harga RM65. Tayar plastik.


Adik Naufal dah 7 bulan. sambil tunggu kakak Nurin main basikal, Naufal makan moi.

Friday, January 2, 2015

Tutorial jahit sembat menggunakan mesin portable


Pertama sekali kena pastikan mesin anda ada jenis jahitan ni. Mesin portable brother saya jenis jahitan no 11.


kedua tapak R yang memang disertakan sekali bila kita beli mesin.


ni display kat mesin, tapak R, mata jahitan no 11, jarak jahitan 2.0 dan saiz jahitan. boleh ubah sesuka hati.


mula - mula lipat pelipat baju kurung kita macam biasa. lagi bagus iron dan pinkan supaya semuanya terletak dan tak lari. seperti biasa bahagian depan baju kena labuhkan ya.




kemudian lipat ke dalam pula lipatan tu dan pastikan hujung kain yang dijahit tepi berada di luar macam dalam gambar. step ni penting sebab kalau salah lipat, salah la jahit nanti.


ketiga, petuanya mudah saja, guna kaki pembahagi di tapak tu di tempat lipatan dan pastikan bahagian kain yang dijahit tepi berada di sebelah KANAN  ya.

nanti mata jahitan akan cubit sikit kain yang sebelah kiri tu.



  1. ni hasilnya di sebelah luar. satu gambar guna flash dan satu tak guna flash.



ni pula sebelah dalam.

Thursday, January 1, 2015

Melabel dan mop Daiso



saya suka label ni. sebab dia dah preset saiz dan warna. kkalau nak ambil kat sini. personalized-labels




akhirnya dapat juga mop daiso yang digembar gemburkan di dalam group kami suka susun atur tu. Harganya rm5. tapi batang kena beli asing dan wipes dia pon beli asing.

review : memang best untuk mengemop lantaiku yang banyak habuk dan rambut yang bertaburan merata. sangat ringan sampaikan Nurin pon selalu tolong mop.