Friday, December 12, 2014

Resepi bun/roti manis guna breadmaker.

Dah cerita tentang breadmaker di sini. Jadi hari ni kita cuba buat roti pulak.

Pertama kali sebelum guna.

pertama sekali nak guna kena bersihkan bahagian dalam breadmaker tu, kemudian basuh pan roti tu dengan air dan sabun. setelah bilas dan lap kering, guna mode bake no 12 untuk bakar kosong selama 10 minit. dia setting sejam tapi bila dah cukup 10 minit saya tutup la suis sebab dia dah berasap.. haha dalam hati piii.... dah rosak ka. bila on semula, ok aja pon.

Bila guna

Semua bahan dah tersedia. dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya masukkan yis yang dah dibancuh. masukkan bahan basah dan diikuti bahan kering. dengan confidentnya masukkan ke dalam BM lepas tu on. dia bunyi teet teet dan display XXX.

oh my.. apa pulak ni,. dah panik. check manual. alamak, lupa masukkan mata uli tu. huu.. terpaksa tuang semula aduan dan masukkan blade uli tu. still bunyi dan display xxx tu. google tak ada jawapan.

last last, dah bengang sebab 10 minit dok bunyi jugak, kita ketuk dia dengan 'kasih sayang'. bila on semula terus dah ok. haha..

resepi dar sini. Resepi asal dari FB Liza Othman.

Bahan-bahan
  • 1 biji telur campurkan dngn air sejuk,jadikan jumlahnya 265ml/gm
  • 500gm tepung roti (400gm tepung roti + 100gm tpng gandum pun boleh)
  • 40gm susu tepung (guna susu Dutch Baby Naufal- haha.. sebab lupa beli)
  • 100gm gula kastor
  • 11gm yis atau sepeket yis  (saya guna jenama Mauripan)
  • 80gm marjerin@butter (pernah terbaca nak sedap guna Majerin Pelangi)
  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver (tak guna pon)

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.                                                                                                                                      (saya bancuh yis dengan 1sk gula dan sedikit garam dan air suam. kalau berbuih yis hidup dan boleh meroti)
  2. Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. (Dia uli dalam 50 minit kot, lepas tu dia stop, biar doh kembang). Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  3. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm (sebiji saja saya timbang, yang len agak-agak) setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn susu tepung yg di bancuh dngn sedikit air di permukaannya. (saya glis dengan telur + susu tepung yang dibancuh. guna saja telur dari resepi tadi sebab nak guna sikit saja)
  4. Jika suka taburkan gula kasar dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.(sebelum bakar, saya panaskan dulu oven dalam 10 minit. oven saya 30 minit tu cun dah masak kalau kali pertama bakar, loyang kedua lebih singkat sebab oven dah panas)
  5. Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai. (ya, baru nampak berkilat n rasa berkrim)


tengok Ina Garten dalam Food Network, dia kata doh yang bagus kena licin, doh saya ni x licin pon tapi abaikan.. hehe


dah siap roti. sedap dan gebus. makan esoknya pon masih lembut. tapi kena simpan dalam bekas kedap udara,.
posted from Bloggeroid

24 comments:

  1. Salam nk tanya uli sekali lg tu pun 50 minit jgk ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya uli sekali saja. tapi pernah terbaca kalau breadmaker cap ayam cam saya guna ni kena uli dua kali sebab power ulian dia tak kuat.

      Delete
  2. Salam nk tanya uli sekali lg tu pun 50 minit jgk ke

    ReplyDelete
  3. macam senang je guna bread maker..tengah mencari2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg disyorkan.. best n bangganya dapat makan roti buatan sdri... hihi

      Delete
    2. Mmg disyorkan.. best n bangganya dapat makan roti buatan sdri... hihi

      Delete
    3. Mmg disyorkan.. best n bangganya dapat makan roti buatan sdri... hihi

      Delete
    4. Mmg best...saya sejak ada bm selalu buat roti n pizza

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis morgan pun ok.harga pertengahan dalam RM300

      Delete
    2. Jenis morgan pun ok.harga pertengahan dalam RM300

      Delete
    3. terima kasih di atas perkongsian sis ros azniza..

      Delete
  5. saya nak try buat la pakai teknik ni. pernah buat roti pakai breadmaker tapi roti jadi keras. sedih betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya resepi ni menjadi.. harap kira buat menjadi..

      Delete
  6. assalamualaikum cik/puan.
    saya pelajar dari Universiti Teknologi petronas, seri iskandar perak, nak tanya sesuatu pasal bread maker ni.
    boleh saya menemu bual cik/puan? (interview)
    nama saya NURUL KHAIRAH BINTI ROSLI, NO.MATRIK : 25423.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Message kat Fb saya atau email bintangzue@gmail.com.

      Delete
  7. Sis kalauu ikut susunan masukkan bahsn yeast last sekali kannn dia boleh eh masukkan bancuhan yeast tu

    ReplyDelete
  8. Kalau guna bm khind 900 blh guna resepi ni? Takut x muat.

    ReplyDelete