Tuesday, August 12, 2014

Review produk SKii

Dah lama teringin nak pakai produk SKii Facial Treatment Essence aka FTE yang popular tu  tapi memandangkan bila pergi aja kaunter kat Parkson, terus jadi malu nak bertanya sebab dengar kata harganya yang mahal ratus-ratus. Lastly, niat tu terkubur saja.

Semasa di dalam pantang hari tu, banyak masa untuk mengugel. Jadi tetiba dapat tahu satu website ni          de dandelion yang menawarkan produk skii yang ada trial set dengan harga yang murah berbanding dengan online seller yang lain. Jadi,terus grab satu yang set ni.




Ni pula dari satu seller lain iaitu rakuten.com.my. Harga dia lebih tinggi daripada seller de dandelion.



Set trial ni mengandungi 
  • Facial Treatment Gentle Cleanser 20g
  • Facial Treatment Clear Lotion 30ml
  • Facial Treatment Essence 30ml
  • Stempower 15g

My review :

Pro:
Semua produk ni sedap dipakai. Sejak dipakai 3 minggu lalu, perubahan yang nampak ialah kulit kelihatan lebih lembap, lembut dan licin.Tompok hitam bekas jerawat pon makin pudar namun tak hilang sepenuhnya lagi.

Con :
Bila pakai FTE baunya macam bau yis.. Hehe..

Online seller:

Harga: 
RM 150

Kesimpulannya:
Produk SKii ni sesuai dengan kulit saya. Trial set macam ni lebih mampu milik bagi saya kalau nak pakai skii produk ni. Tapi memang berjimat sakan la bila pakai sebab nak  bagi tahan lama kan...


2 comments:

  1. Sis..ada gambar perbezaan x sebelum n selepas?sy pn berminat nk guna sk11 ni

    ReplyDelete