Thursday, March 8, 2012

Pengasuh


Dulu, waktu 1 1/2 bulan Nurin dah pandai pegang botol susu sendiri. Hehe..

Nurin di rumah pengasuh

Mama hantar Nurin 3 hari di rumah pengasuh sebagai percubaan. Mama hantar kejap aje, dalam 3 jam dan Nurin dah siap mandi n wangi. Ada kawan mama nasihatkan supaya hantar lebih awal untuk membiasakan Nurin, tapi mama tak nak berpisah ngan Nurin la.


Hari pertama, Mama siapkan 3 helai pampers, sepasang baju, EBM 2 botol dan set tilam. Mama nak nangis masa bagi kat maktok (panggilan pengasuh). Pukul 1, bila mama p ambik mak tok kata Nurin nangis sangat kuat. Sampai selop, aka nangis sampai x keluar suara.Alahai anak mama. Dah tu ada baby sorang lagi (7bln) asyik nangis bila mak tok pegang Nurin. Mesti dia jeles tengok Nurin yang comel kan.

Hari kedua, Nurin x nak minum susu EBM melalui botol. Maktok kata Nurin minum dalam 2oz aja, padahal Nurin kalau minum mesti 3-4oz. Risau mama, camna nak tinggal Nurin. baby mama mesti lapar kan. Balik rumah, try bagi botol pun tak mau gak. Bila Nurin melalak panjang, terpaksa bagi cikB jugak.

Hari ketiga, Nurin minum susu. Alhamdullillah. Mak tok minta puting extra sebab nak pakai kat
botol Autumz tu. Botol tu mama wat simpan EBM aja. Senang katanya sebab bila panaskan tak yah tuang masuk ke botol Tomee Tippie Nurin tu. Tambah lagi bila Nurin dah start nangis.

So habis percubaan 3 hari kat rumah pengasuh. Harapnya lepas ni Nurin x nangis lagi dan mahu minum susu dari botol. Mama tawakal ajer serahkan Nurin pada maktok sebab mama kena pi sekolah dah. Lagipun, maktok dah pernah jaga 3 orang anak mak saudara yang tinggal kat taman ni juga. Lagipun, rumah maktok kat lorong belakang rumah kita aja. 2 minit pon sampai.



No comments:

Post a Comment