Tuesday, December 21, 2010

SPM 2010


Peperiksaan SPM 2010 bermula 23 November lalu dan telah berakhir pada 20 Disember 2010. Ini merupakan pengalaman pertama aku menjaga SPM. Umum mengetahui yang tidak ramai guru yang berminat untuk mengawas SPM ataupun STPM kerana terpaksa mengorbankan cuti sekolah dan masa berharga bersama keluarga.

Aku? Aku menerima sepenuh hati kerja mengawas SPM ni. Nama pengawas SPM dah lama naik, mungkin sekitar bulan Ogos (kalau tak salah). Memanglah aku tak menawarkan diri pun nak jaga SPM, tetiba aja nama naik. Dapat pulak sekolah dekat. Oklah tu.

Sekolah yang aku jaga tu ada 245 calon. Ada kelas-kelas yang dibuka menjadi sebuah dewan dan ada 5 kelas lain yang turut digunakan sebagai bilik peperiksaan. Mulanya aku lebih suka mengawas si dewan, takla boring sangat. Ada juga kawan untuk berbual. Tetapi bila ditugaskan mengawas di bilik, jem kepala aku ni sebab tak tau nak buat apa. Bila mengawas peperiksaan ni bukannya boleh membaca buku/akhbar, tak boleh buat keja lain jugak. Akhirnya terkebil-kebil la aku sorang-sorang.
Fikiran aku ni menerawang la ke bermacam topik dan perkara. Tapi seminggu pertama ada la perkara nak fikir, masuk minggu seterusnya kosong ajer otak aku ni.

Kalau jaga di dewan, dapat la kekadang berbual-bual dengan pengawas lain. Bagus juga sebabnya dapat tambah kawan baru. Lagipun 'aksi' pelajar di dalam dewan lebih pelbagai. Ada yang tidur dan buku jawapannya basah dengan air liur basi tu dah jadi perkara biasa kalau untuk kertas yang masanya panjang. Ada juga seorang pelajar yang kami perhatikan tidak menjawab langsung 2/3 kertas. Mungkin banyak lagi. T Dia akan duduk termenung, cukup 30 minit, dia keluar. Dia pelajar kelas Sains, tapi tak taula apa masalah dia. Ada sekali tu, seorang budak perempuan pengsan, tapi selepas selesai menjawab soalan la.

Keadaan paling kelam kabut ialah semasa peperiksaan Prinsip Akaun, aku yang mula menyedari kertas-kertas buku tunai, lejar dan jurnal tu tak dibekalkan bersama. Waktu tu, bila pelajar mula masuk dewan pun kertas tu masih tak ada. Mulanya kami edarkan helaian tambahan aja, tapi hampir keseluruhan pelajar bertanya kertas lain-lain tu. Ketua pengawas ambil langkah minta kertas-kertas tu dari pihak sekolah sebelum orang datang hantar. Bila orang tu hantar (aku pun x tahu siapa), kertas-kertas buku tunai, lejar dan jurnal tu hanya cukup-cukup aja. Kesian budak-budak tu, mesti tension sikit. tapi aku tengok sesetangah budak tu serabut aja kertas-kertas dia. Dulu ingat lagi, masa exam SPM aku siap bawa klip buaya tu sebab senang kertas dah tersusun. zaman tu tak ada buku jawapan lagi.

Apa pun tu la kenangan aku mengawas SPM 2010. Sekarang baru 2 hari di rumah, aku dah mati kutu nak buat apa. Kerja memang banyak, tapi malas nak buat. Lagipun, seharian duduk sensorang kat rumah amat memboringkan.

No comments:

Post a Comment