Monday, October 31, 2016

Gambar gang...


Ni gambar lama. Rasanya tahun pertama or kedua kahwin. Anak pon belum ada. Gambar ni ambil di taman ular, perlis.








Yang jadi lawaknya, gambar kami tu dijadikan bahan.. tgok saja aksi kawan2 ku satu sekolah. Cam ku kenal posing ni..
Facebook moments keluar balik gambar ni..

Harap perkahwinan saya dan semua sahabat saya kekal hingga ke jannah. Amin...

Dugaan





Lama tak bersiaran.

Sibuk dengan dugaan yang melanda diri.
Sesungguhnya dugaan itu banyak hikmahnya. Tersedar diriku semakin lalai untuk mendekatkan diri padaNya.

Sekarang bila semuanya telah tenang, dapatku telahi hikmah di sebalik dugaan itu. Dapat kukenalpasti mana kawan mana lawan. Dapatku tahu siapa ahli keluarga yang mahu menghulurkan bantuan.

Pada mulanya, terasa diri sangat lemah. Bila emosi menguasai diri, hanya air mata menemani. Sedaya upaya tidak menangis di depan anak2, di sekolah. Tapi gagal.

Alhamdulillah, sekarang sudah tenang sedikit.. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik. Alhamdulillah, kerana memilih saya.

P/s sekadar catatan, supaya saya tidak lupa. Peristiwa 2013 & peristiwa sept 2016

Sunday, October 30, 2016

Facebook group

Saya cepat bosan kalau cuma layari status Fb kawan-kawan. Cuma dengan adanya fb group, kita boleh follow group yang kita minat.

Semalam sebab tak boleh tido, buat spring cleaning group fb. Rupanya saya ada lebih dari 100 group facebook, walaupun kategorinya sama saja.

Menjahit
Guru
Tanaman
Diet (tak pernah berjaya.. huuu)
Noxxa
Psv
Bbm for kids
Shopping


Ni favourite group. Pastinya berubah rubah mengikut musim.

Numero uno
Pastinya Geng Jahit. Dalam tu macam macam tutorial untuk jahitan ada. Dan dikontrol dengan rigid oleh adminnya. Jadi perkongsian yang sangat menarik dan berfokus.

Sebut pasal berfokus, teringat group guru perpustakaan dan media. Sangat menyedihkan bila group tu dah jadi caca merba. Iklan dan sharing yg ntah apa2. Padahal group tu pernah jadi favourite saya untuk rujuk masalah , berkongsi malah jadi tempat cari idea dalam menguruskan pss. Malah dah beberapa kali saya up status mohon dijaga group tu, namun non ado. Adminnya orang besar2, dah x sempat nak belek fb agaknya. Turunkanlah kuasa. Mesti ada gpm yang rela jadi admin.Saya pasti ramai yang mendapat manfaat. Pastinya sekarang group tu dah terkubur.

Saturday, September 24, 2016

Teka-teki pengetua baru



Hari ni dengar pengetua baru nak datang, orang PPD , perempuan dan pastinya cerewet katanya. Jadi semua orang berkeluh kesah.

Aku yang telah menganaktirikan PSS kerana sibuk menyediakan bahan PSV dan tahun ni melebihkan pelajar PT3 sebab pegang 2 kelas terpaksa kembali ke PSS untuk menyiapkan kerja yang tertangguh. Sunyi sebenarnya bila menjalankan kerja PSS ni, Memang lone ranger abis tahun ni. Sebab tu sejak dari awal tahun aku dah decide nak berhenti jadi GPM.

Tuesday, September 20, 2016

PT3 English Trial Kedah State 2016


Below are the links for my school trial paper. This question was sent from the Majlis Pengetua Negeri Kedah. The cover was not included.




Trial 2016 PT3 English

Answer Scheme


I have prepared sample answers to show to my students. This answer based from the best answer script among my students and I added and make some corrections. These answers are in power point.

Sample note - Question 3j

Sample essay - Question 6

Sample novel - Question 7


Thursday, September 15, 2016

Psv: asas lakaran

Disebabkan macam tahu saja budak 2setia ni kebanyakkannya tidak mempunyai asas melukis, jadi untuk topik lukisan ni dimulakan dengan perkara paling asas iaitu melakar.

Saya print dan laminate bahan how to draw ni dan beri kepada pelajar sebagai contoh. Pelajar dikehendaki melukis gambar latar belakang yang bersesuaian.





posted from Bloggeroid

Ragam nurin dan naufal



Menangis sebab nak ikut tokwan p naik motor.


Tertido bila naik moto.



Masa main superhero


Termenung.. ni tengok tv sebenarnya..



Kakak mengajar adik membaca. Tunduk sebab kena marah.



Menulis


Makan buah mempelam.


Posing sentiasa.


Main hujan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...