Monday, February 14, 2011

Cermin Kereta Pecah


Kejadian ni berlaku bulan Julai tahun lepas. Tapi yang menyebabkan aku tulis hari ni adalah kerana kat luar tu tengah ada orang majlis perbandaran sedang......

Snowy Hedwig


Gambar dan cerita ni sekadar memenuhi permintaan seorang teman baik..

Namanya Snowy Hedwig - sempena nama burung hantu milik Harry Potter tu.
Alkisahnya ada 2 orang gang aku kat sekolah ni suka bagi nama pada keta diorang dan sebab banyak masa sangat, siap bagi nama kat keta aku sekali. Nama Snowy Hedwig tu dipilih sebab aku minat gila dengan Harry Potter dan kereta kecilku itu berwarna putih gading .


Kangkung Dalam Cawan


Aku teringin makan kangkung goreng belacan hari tu. Kat kedai runcit tu, siap jual kangkung sekali ngan akar dia. Aku bercadang nak tanam bila hujung minggu. Jadi aku pon letak la akar tu dalam cawan kertas dan masukkan sikit air. Then letak bawah sinki.

Aku dah lupa, sekali aku tengok tumbuh pulak kangkung dalam cawan tu. Ni la gambarnya.. Ala-ala tanam hidroponik pulak.

Facebook : Pet Society

Dah lama aku mengenali dan menggunakan Facebook. Seronoknya bila dapat berjumpa dengan ramai kawan lama terutamanya di sekolah menengah. Yang hairannya, kawan sekolah rendah ada 4 orang aja.. Mana la diorang ni menghilang.. Mestinya masih ada, tapi mungkin tak dihinggapi penyakit berFacebook ni.. Kawan di universiti dan matrik juga ramai, tapi tak ramai yang aktif. Sekadar ada, namun jarang mengupdate di status.

Saturday, January 29, 2011

Keras kepala?

Pagi-pagi hari ni bangun dengan penuh bersemangat.

1. Basuh baju 2 raga.. ( basuh baju rajin, lipat baju yang malas sket..)
2. Buat cucur jagung.. (dah5 hari jagung yang dibeli duduk senyap2 aja kat dalam peti ais tu)
3. Sapu sampah .. (minggu ni x sempat sapu sampah langsung)
4. Janji dengan kawan nak p rumah dia.
5. Ajak en. suami pergi shopping beg baru. (beg sekarang kecik sangat, barang banyak lagi nak disumbatkan)

Tuesday, December 21, 2010

Pindah Rumah


Saya akan berpindah ke rumah sewa baru. Sekarang sibuk mengemas barang. Tapi hanya dilakukan apabila ada mood. Sepatutnya kami masuk hujung minggu ni, tapi tuan rumah pula minta pertolongan nak menempatkan saudaranya dari jauh yang nak tumpang duduk di situ. Sebabnya saudara dia tu nak menghadiri kenduri di kawasan ni. Nak tak nak terpaksa lah akur.

Renew/Memperbaharui Road Tax Kereta



Bulan Disember datang lagi...

Selain daripada cuti sekolah, bulan Disember merupakan bulan untuk membayar road tax. Road tax Snowy Hedwig (panggilan kengkawan untuk keretaku yang comel tu) tu berakhir 16 Disember yang lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...