Monday, July 30, 2018

Mesyuarat pibg



Hari ni mesyuarat pibg kali ke 21. Alhamdulillah setelah berbincang dgn pentadbir, depa bagi aku tugasan lain pada kali ni. Selama 5 tahun dah aku kejanya buat buku program pibg. Paling tension tahun lepas, masa yang diberi hanya 3 hari.

Tahun ni buat backdrop. Demi menjimatkan kos, guna backdrop lcd aja.

Ni gambar di dalam dewan. Naper ekk berselfie sekali ni aja..

Reading this



I didn't even know the novel exist or knew the author. Until I ve finished the story, I don't come across the movie on the Astro. Well, I want to watch it
posted from Bloggeroid

Resepi Coklat Mufin dengan Nutella dan coklat chip yang paling best


RESEPI 

KREDIT RESEPI  : Azlina Ina Fans

1.   Cairkan butter 125g biar sejuk 
2.   Ayak kan 1 cawan setengah tepung gandum
       (ina guna 1 cawan tepung hongkong dan 1/2 cawan tepung gandum)
3.   Masukkan Sedikit garam
4..  1/4 cawan serbuk koko(kalau nak sedap 1/4 cawan serbuk koko dan 3sb milo)
5.   2sb susu tepung
6.   1sk baking powder
7.   Satukan 3bijik telur gred b kalau gred A 2 je
8.    1 +1/4 cawan gula halus nak 1+1/2 cawan pon ok manis sket
9.    Sedikit esen vanila
10.  1sk emolco coklat
11.  Whisk kan smpai berbuih kecik je 
12.  Masukkn 1/2 cawan butter cair yg dah sejuk tuang dan whisk kan
13.  Masukkn 1/4 cawan susu cair dan whisk kan 
14.  Masukkn tepung. Smbil whisk dan adunan siap mmg sedikit likat.
15.  tuang setengah dalam cup dan paip kan nutellla
16. Tabur coklat chips
17.  Panas kan oven dan bakar suhu 180 masa 25 hngga 30 mnt atau smpai masak







Review

Resepi ni memang kaya dengan rasa coklat. Anak anak sangat suka. Kejap aja dah licin.

Cara guna oven rubine



Ada pertanyaan daripada seorang pembaca tentang cara nak guna oven rubine ni. apa yang saya buat senang aja.

Setalah on kan suis, saya cuma laraskan suhu yang kita nak. mode baking pula saya setkan macam dalam gambar. kemudian tekan butang yang saya tandakan anak panah tu. bila lampu berterusan menyala tu tandanya, betul la tu oven ni sedang berfungsi.

ni pula link manual dari rubine website

http://www.rubine.com.my/product_manual/RBO-IA8X-70SS.pdf

Thursday, July 26, 2018

Jahit knit tshirt

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu ni dihabiskan masa dengan menjahit baju tshirt.. material yang digunakan ialah kain knit. Dua tiga tahun lepas kain knit ni mahal harganya sebab tak ramai seller yang jual. Sekarang dah banyak seller yang jual dengan harga mampu milik.

Kain knit yang saya beli biasanya pada waktu sale aja. Jadi range harga untuk kain2 macam yang saya jahit ni dalam rm20-rm25 aja. Biasanya kalau kain design baru boleh mencecah rm30. Jadi nampak kan penjimatan yang ketara di situ.

Lagipun kalau nak buat tshirt paras bawah punggung macam ni guna 1meter pon dah cukup. Kalau nak mix dengan plain pon cantik.

Ni antara hasil tshirt yang saya jahit. Saya x buat nursing pon sebab baju ni pendek saja. Walaupun ada pola beli, saya just guna pola baju kurung moden saja.



Tuesday, July 24, 2018

Review air fryer morgan digital

Dah lama dok termimpi mimpi nak beli air fryer ni.. baru hari ni ada rezeki.

Ini adalah sebahagian daripada makanan yang dihasilkan oleh air fryer saya. Paling kerap bakar ayam, goreng nugget n fries la dalam tu.







Ini lah rupanya air fryer morgan saya tu. Memang nampak sleek kan. Tambahan pula dia digital. Jadi beberapa menu utama memang dia dah set suhu n masa secara automatik.


Memang sekarang saya tak goreng ayam, nugget n fries guna minyak dah. Walaupun nugget n fries still considered as a fast food, tapi pada saya lebih sihat kerana saya mengurangkan penggunaan minyak. (Cover guilty)

Verdict
Bagi 5 bintang sebab

1. memudahkan kerja memasak. Letak aja dalam tray tu dan kita boleh p buat kerja lain.

2. Mengurangkan penggunaan minyak, jadi makanan menjadi lebih menyihatkan

3. Tray dia senang cuci dan tak melekat.

Thursday, July 19, 2018

Gadget dapur baru : Beli Air fryer Morgan digital

Dah lama teringin nak beli air fryer ni. Harga dia pon dah makin murah. Kalau nak lagi murah dalam bawah rm200 pun ada. Brand china pon boleh berkhidmat sama aja.

Sejak dalam pantang hari tu dok ikut satu group air fryer ni. Maka daku pon tergoda.. Ni groupnya


Dalam ni macam-macam resepi dikongsi, malah boleh bincang semuanya tentang air fryer.

Pada mulanya saya bercadang nak beli go shop haier air fryer yang pak nil jual tu. Harga rm269 masa biasa dan rm242 masa promo bila dia iklan on air kat tv. Sambil konon2 dok tunggu nak beli masa on air tu, saya terbaca review tentang morgan digital ni. Lebih senang sebab dia ada preset masa dan suhu. Satu lagi sebab kapasiti dia lebih besar. Morgan 3.2L, yang haier tu cuma 2.6L.

Jadi akhirnya ambil keputusan beli kat shopee. Rm267. Penghantaran cuma ambil masa 2 hari aja selepas order.



Poslaju yang hantar. Waktu dia hantar saya pergi ambil anak2 dari sekolah. Nasib baik dia call. Saya minta dia tinggalkan dalam kawasan rumah tepi pagar tu aja. Tapi dia siap letak dalam balkoni rumah lagi. Betul2 depan pintu. Terima kasihlah pos laju.

Pos laju memang akan call saya kalau saya tak ada di rumah. Hari tu ninjavan pon call. Yang tak call ialah skynet. 2 kali delivery saya memang tak ada di rumah sebab pergi ambil anak. Malasnya rasa nak kena pergi hub dia di pekan tu sebab beli plastik sampah aja pon.

Review nak guna nantilah. Kita try tengok beberapa resepi dulu.

Thursday, July 5, 2018

Resepi kek marble sangat sedap - cubaan pertama

Gang badminton suami ada buat potluck pula malam ni. Jadi kita pon ambil la kesempatan untuk baking. Dah lama tak buat kek, setahun jugaklah, sejak mengandung kat Izz tu memang oven tak sentuh langsung.

Resepi ni saya ambil dari sini : http://chedah.com/recipe/kek-marble-moist/


Bestnya page ni sebab ada tutorial bergambar.

Day 50 : Lawatan kawan2 dan Izz pandai senyum.

Semalam Izz Ramadhan berjaga lagi. Pukul 4.30 pagi baru dia tido. Saya terjaga pukul 7.10pagi dan kelam kabut siapkan Naufal n Nurin ke sekolah.

Tido sampai 12.45pm, kemudian baru teringat yang kawan kawan sekolah nak mai. Punyalah berangan semalam nak masak mee kari la kek marble la. Last2 apa pun tak ada.

Jadi buat keputusan buat roti jala n kari ayam. Pukul 2.15 siap kemas. Nasib baik Izz tido baik aja. Pukul 3 baru kami berdua mandi dan bersiap.

Nurin n Naufal Rosma tolong ambil, jadi saya tak perlu keluar. Awalnya hanya Rosma, Kak Tikah n Kak Ida saja yang nak mai, tapi rupanya bila dah sampai td, berderet kereta. Rosma dan anak2, Kak tikah, Kak ros, Aini, Kak Zu n kak aishah pon ada sekali.

Kak aishah sangat kagum dengan anyaman roti jala tu. Siap belek2 dan tanya macam mana buat. Kak tikah pula terasa rindu sangat kat cucu dia bila pegang Izz.

Honestly, dah lama rumah saya tak dikunjungi oleh rakan. Seronok meriah bersembang sambil makan. Hari ni di sekolah depa buat jamuan APC dan jamuan raya. Siap ada bungkus bawa nai set nasi minyak n daging kambing blackpaper.

Cumanya lupa nak ambil gambar tadi dengan kawan2..

Izz dah pandai senyum bila diajak bersembang.

Sunday, July 1, 2018

Ayah jatuh

Rumah kampung saya memang rumah lama. Dulu 2 tingkat, setelah tingkat atas dimamah anai-anai, tinggal la rumah kami setingkat.

Rupanya anai anai tu tetap ada. 2 tahun lepas, habis rangka pintu bilik saya n pintu dapur dimakan oleh anai2.

Kali ni pula, pintu bilik. Ayah naik ke bumbung, rupanya sekarang alang rumah pula dimakan oleh anai2. Hari keempat ayah naik ke siling, ayah tersilap pijak.alang yang dah reput. Siling terus jatuh n alang sekali.

Kata ayah, dia tergantung2 pegang sekeping kayu sebelum jatuh berdiri terpacak, kemudian baru tumbang. Dah kebas dan x boleh berjalan.


Ni siling yang berlubang tu. Area ruang tamu.