Sunday, March 19, 2017

Rancangan Pengajaran Tahunan PSV Tingkatan 3 2017

Di sini saya kongsikan RPT PSV saya untuk tahun ini.





Seperti biasa, RPT ialah dokumen yang wajib ada. Tahun ini saya dah upgrade sebab dah tambah gambar apa aktiviti yang saya akan buat. Senang nak refer. Boleh klik di bawah jika nak berminat.

Selain itu, saya juga telah buat ringkasan aktiviti yang disusun mengikut minggu. Malah turut disertakan dengan link youtube atau laman web yang saya rujuk. Saya ni bukanlah guru PSV tulen, saya hanya memenuhi jadual dan sekarang saya sangat suka dengan subjek PSV.

Klik sini jika nak dokumen tersebut. Happy sharing...


KSSM and DSKP English Form 1 New 2017


Just sharing some materials for those who are teaching Form 1



Perbarisan Hari Sukan Sekolah Kami

Cuma nak letak gambar kenangan sempena Hari Kejohanan Balapan dan Padang sekolah kami pada februari yang lepas.

Peruntukan yang diberikan oleh pihak sekolah hanya RM50. (huhu). Tiada pertandingan maskot dan sekolah kami dah lama tiada pertandingan hiasan khemah. Sekadar buat yang termampu untuk menggembirakan diri sendiri dan yang terutamanya murid.





rumah saga yang berwarna merah ni juara perbarisan. Siap kostum dan make up ala joker. Ada kad terup lagi. Ada gimik lepaskan burung juga.






Rumah WIRA - rumah biru. Pakai topeng ala batman, tapi maskotnya ada Wolverine yang berpakaian hitam dan mempunyai kuku taring yang tajam.





Rumah Kuning _ Putra.. tak dapat dipastikan temanya.. 



Rumah Satria - tema tinkerbell. Cam Kermit pon ada.. hee


Friday, March 17, 2017

English Form 1 textbook 2017 in PDF format




I just want to share this wonderful sharing. It is English Form 1 textbook in PDF format!t is great that a teacher have taken initiative to scan the whole book and furthermore share it.

I got this from the Whatsapp group. I hope that we can say a silent thank you to this teacher and hope for his/her good deeds continues to hereafter.

You can click this textbook form 1 and download it from google drive

  1. Updated 26 Sept 2018
I've updated the link. You can directly download it without requesting for my permission.
.https://drive.google.com/file/d/0B3AHCOX6NHRkeFJBX3JpaGVvSVU/view?usp=drivesdk

NEW LINK. I get a sudden surge of request for this book in my email.

Thursday, March 16, 2017

SPM dan adab murid



Keputusan SPM 2016 telah diumumkan kelmarin.. Sekolah kami berduka kerana prestasi kebanyakkannya jatuh. Hanya subjek sains (fizik, kimia, bio, sains), pendidikan islam, pendidikan seni dan b.tamil sahaja yang meningkat GPMnya. Saya yang tidak mengajar menengah atas turut terasa kesannya.

Hikmahnya dapat melihat gelagat masing -masing.

Ada yang menyalahkan guru, ada yang menyalahkan murid. Ada juga kawan saya yang mengatakan guru lain kurang memberi kasih sayang terhadap pelajar, itu sebab result jatuh.. sebab dia sangat sayangkan anak muridnya, mereka berjaya. Mungkin benar untuk segelintir, tapi kebanyakkan rakan guru saya amat komited dalam mengajar, cuma mungkin tiada rezeki. Saya cuma sedikit terkilan dengan kenyataan guru tersebut.

Ya, saya juga sangat setuju bahawa murid yang sayang pada gurunya akan cuba berusaha dan mendapatkan keputusan yang terbaik. Tapi untuk mencanangkan di dalam telegram rasmi sek dan di kalangan kawan-kawan yang berduka bukanlah jalan yang terbaik. Ada hati yang akan terluka. Saya yang tidak mengajar ni pon turut terasa, apatah lagi guru yang mengajar.

Satu lagi yang saya perhatikan pastinya anak murid. Ada yang berduka dan ada yang gembira. Bukan keputusan mereka yang saya rungutkan, tapi cuma terkilan dengan adab dan budi bahasa. Mereka hanya datang berjumpa dengan guru tingkatan 5 sahaja, malah sebahagiannya langsung tidak senyum kepada guru lain, tidak memandangkan guru lain walaupun guru itu berada di kelompok itu juga. Itu agak extreme. Ada juga yang sekadar memandang. Huluran tangan bersalam juga hanya untuk guru tingkatan 5 sahaja. Apatah lagi untuk bergambar bersama.

Rupanya, bukan saya seorang sahaja yang terasa. Guru menengah rendah lain yang saya jumpa juga turut memperkatakan hal yang sama.

Nampaknya, kami juga gagal untuk mendidik kesantunan dan budi bahasa..

#hariyangdownmungkinsebabitusensitif
#guruvsmurid

Thursday, March 2, 2017

buat video pelancaran fb guna Camtasia dan power director

Pengalaman saya sebagai seorang guru perpustakaan dan media banyak menyediakan saya dan membiasakan saya dengan pelancaran pelbagai program. Jadi apabila pengetua menugaskan saya mengetuai FB sekolah, saya pun teruja nak buat pelancaran.



Saya menggunakan Camtasia Studio. Ini kerana software ini dapat merekod video paparan komputer kita secara live. Saya menggunakan trial version sahaja. Jadi apabila sudah siap rupanya video itu telah diwatermark.. Alamak, saya cuba mengoogle pelbagai laman web dan mencuba pelbagai tips yang diberikan.

Namun, satu-satunya cara yang berkesan ialah apabila saya mencuba sperti yang ditunjukkan di dalam video ini.  Klik sini remove watermark camtasia.

Power director pula digunakan untuk membuat video gambar-gambar. Sangat senang dan banyak features yang menarik. Nasib baik. laptop baru saya telah dilengkapkan dengan software Power Director 14.

Ini contoh video saya. telah dimuatkan di dalam youtube.



Pelancaran Fb SMK Keladi Official ini telah dilaksanakan pada hari Ahad, 26 Februari 2017 sempena Hari Mesyuarat PIBG dan turut ditayangkan di perhimpunan rasmi sekolah pada hari keeesokkannya. Alhamdulillah, selesai satu tugas.


updated 12/9/2017 : bila saya install semula camtasia utk produce video ee challenge tu. video youtube di atas dah diremove. Jadi nak selamat saya paste serial key dia kat sini.
AAM4U4U5CMBN54MCUWFAZ5779. link youtube dia kat sini