Friday, June 27, 2014

kos bersalin di pmc

Sudah sebulan entry ni terperap. Saja nak berkongsi kos bersalin di pmc. Ramai juga kawan-kawan setempat pm di fb untuk tanya kos ni. Bukan niat saya nak menunjuk ya. Tapi saya pon sebelum bersalin hari berblogwalking untuk dapatkan maklumat di samping merancang simpan duit sikit-sikit.

Ni slip kos rawatannya ya.



Monday, June 9, 2014

Day 6 Luruh pusat n daftar nama

Backdated... Supaya ada reminder untuk next children.. Hehe..

Hari ke 6. Baby dah luruh tali pusat. Mak saya kata kena ingat hari sama. Jadi hari ke 6 - 2/6/14 - Isnin.

Hari ni juga en suami p daftar nama anak di JPN. Sejak dalam kandungan kami panggil nama baby Naufal. Bwrmaksud dermawan. Tapi masih tak ada idea nama gabungan bagi naufal tu. Antara idea Izz Naufal, Naufal Darwaisy, Naufal Rizky. Pilihan husband Naufal Iqrami or Naufal Badaruddin. Last semua nama tu tak berkenan.

Kami memilih nama MUHAMMAD NAUFAL.



Adik & kakak

Bersalin: Dari INS ke PMC

Sekarang dah free sikit boleh la update tentang pengalaman bersalin anak kedua ni.

Memang saya bercadang nak bersalin di hospital swasta. Anak pertama dulu pon di PMC. Tapi untuk anak kedua ni saya buat regular check up di INS, sebab dr Anuar dah berpindah ke situ..Di kawasan ni Dr Anuar memang fames sejak dia bertugas di Mahsuri, Jitra lagi.

Rate di INS bermula dengan RM1450, katil 10 org. Kalau katil single bermula dengan harga RM1650. Harganya lebih tinggi dari PMC.

Regular check up selalu pergi hari Ahad sbb weekend Dr Anuar cuti. Jd mc lah saya tiap kali. Tapi untuk anak kedua ni, p check up kat dia 3 kali saja. First masa nak scan 3d baby umur 24weeks dan nak tahu jantina. Next waktu 37weeks sebab sebelum tu masih breech (songsang). Last sekali sehari sebelum due, untuk tengok keadaan baby dan air ketuban.

Saya due 26/5/2014. Tapi pada hari tu rilex aja. 27hb mak masakkan asam pedas keladi. Kata mak nak bagi kembang urat dan cepatkan masa bersalin. 28hb makan lagi sayur keladi. Lagipun memang faveret sejak azali lagi.

Petang tu mak mentua datang rumah. Saja nak jenguk kami. Anak pertama Nurin sibuk merengek nak ikut mak tok dia balik sedangkan sebelum ni tak pernah macam tu pon. Mak mentua balik pukul 7malam. Dah tu saya p bilik air. Aiks.. Ada lendir darah. Haha.. Tetiba terexcited sebab anak pertama tak lalui pengalaman ni.

Terus maklum pada suami saya get ready nak balik tapi jangan balik selagi tak sakit. Kecian kat dia sebab esoknya kerja. Pukul 11.00mlm contraction dah mula. Baru kalut nak download contraction timer tu. Call husband soh balik.

1.30pg husband sampai di rumah. Terus bersiap sebab masa tu contraction dah 8-10 minit sekali. Pukul 2.30pg sampai INS, frustnya bila diberitahu Dr Anuar takda. Ada simposium ntah.

Kami terus bincang option yang ada. Di INS ada lagi 3 orang doktor tapi Singh & Cina lelaki. Suami agak keberatan. Jadi sudahnya kami telefon PMC n KMC sebab nak cari doktor Melayu juga. Di KMC ada 3 orang doktor Melayu tapi on call pagi tu Cina juga. PMC ada doktor Melayu, Dr Idrus, tapi cam tak pernah dengar pon.

Last sekali decide pergi PMC sebab contraction makin kuat. Masa tu dah pukul 3.45pg.Dr Idrus tu dr yang selalu on call kat bilik kecemasan n dia kekadang sambut baby juga tapi tak buka klinik O&G. Dr check, dah terbuka 4cm. Terus kena tolak p labour room. Sempat lagi bertanya reputasi dr ni kat nurse2 situ. Semua bagi reassurance kata dr idrus ok n baik.

Dipendekkan cerita pukul 5.45 pagi.saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.61kg. Alhamdulillah..





Day 1

Wednesday, June 4, 2014

Hari ke 7

Hari dah genap seminggu. Pemeriksaan lawatan rumah yang paling singkat.

Petang, mula berurut pada pukul 2.30. Biasanya pagi kan, tapi sebab tok bidan yang mengurut tu jadual pack. Hari ni ptg, dituruti 2 hari pagi. Sedap betul dia mengurut, siap pakai kaki lagi. Badan pon rasa ringan.

Ohh terlupa pula. Sebelum mengurut mama, tok bidan tu mencukur rambut Naufal diikuti membelah mulut menggunakan air zam zam dan secebis kurma. (gunq kurma ajwa yg dapqt masa ldp tempoh hari).

Selepas maghrib, abah dah get ready nak balik.. Huu.. Sunyi la mama. Abah bawa adik ipar, Sirajuddin sbg peneman. Nurin sudah sibuk bila abah dah kemas barang. Abah bawa Nurin naik kereta n beli aiskrim dulu baru abah balik.


Masih ada rambut



Dah botak