Twilight Saga - novel tulisan Stephanie Meyer sangat best. Disyorkan kepada semua.. Ia mengenai hubungan cinta seorang remaja perempuan, Bella Swan dengan seorang vampire, Edward.
Keempat-empat novel tersebut - Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn amat menarik.
Twillight -
Bella pelajar yang baru berpindah ke Forks dan menjadi perhatian semua pelajar lelaki di sekolah baru. Edward yang menunjukan rasa benci pada Bella pada mulanya merupakan seorang vampire yang mau hirup darah Bella.. Sayang punya pasal Edward hirup darah haiwan ajer. Bila Edward dengan powernya selamatkan Bella, Bella menyiasat dan buat kesimpulan Edward adalah seorang vampire. Hensem punya pasal, vampire pun vampirelah.. Akhirnya dua-dua jatuh cinta. Muncullah Jacob Black (lom hensem dan macho lagi, lau lam filem) yang mengesahkan kesimpulan Bella. Konflik timbul bila gang vampire lain , Laurent, James dan Victoria yang lalu di Fork dan cuba untuk membunuh Bella. Nak jadi cerita, Bella sendiri yang pergi menyerahkan tengkuknya kepada James, si vampire jahat. Akhirnya hero, Edward datang menyelamat. Bella buat keputusan nak jadi vampire, tapi Edward tak benarkan. Huh..
New Moon -
boring baca sebab Edward hanya muncul di pertengahan cerita. Novel ni mula dengan sambutan hari lahir Bella yang ke 18. Tangan Bella berdarah dan si Jasper pulak yang nak hirup darah Bella. Edward buat keputusan nak pindah siap sebab tak nak bahayakan Bella, ngan satu keluarga ikut dia. Penderitaan Bella yang ditinggalkan Edward terlalu meleret-leret. Waktu ni la, Jacob cuba masuk jarum.. Jacob rupanya boleh bertukar jadi serigala besar. Berlaku salah faham - Edward ingatkan Bella dah mati, jadi dia pon nak mati jugak. Bila Edward muncul menerusi cubaan membunuh diri dengan cuba mendedahkan diri kepada orang awam di Itali barulah novel ini menjadi menarik. Bella pula yang jadi penyelamat Edward, gang Volturi yang pada mulanya nak hukum Edward atas cubaan mendedahkan keturunan vampire, buat keputusan nak hukum Bella pula sebab dia dah tau keturunan vampire atau Bella kena jadi vampire. Bella dah buat keputusan jadi vampire, malah dapat sokongan ahli keluarga Cullen yang lain. Cuma Edward saja tak setuju, sebab dia nak trick Bella kawen ngan dia.. hehe..
Eclipse -
Victoria yang berdendam dengan Bella sebab pakwe dia, si James dah dibunuh oleh Cullen dan sekumpulan vampire yang baru dilahirkan mengganas di Seattle. Walaupun Edward merasakan Jacob sebagai serigala boleh membahayakan Bella, namun Bella tetap melawati dan berkawan dengan Jacob dan kumpulannya. Edward jeleslah tu.. Jadi, sewaktu Victoria dan tentera vampirenya menyerang, Bella dilindungi oleh vampire dan serigala..bestnya bila semua orang sayang.. Namun, pada waktu ni, Bella keliru untuk memilih di antara Edward dan Jacob kerana dia mencintai kedua-duanya. Paling best bila Bella menerima lamaran perkahwinan Edward dan memilih untuk menjadi seorang vampire. Jacob yang kecewa pilih untuk kekal dalam bentuk serigala dan bawa diri.
Breaking Dawn -
Buku keempat dan terakhir yang dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dari perspektif Bella di mana menceritakan semasa Bella dan Edward berbulan madu di Brazil. Selepas 2 minggu mereka mendapati Bella mengandung dan usia kandungan yang bertambah dengan kadar yang sangat cepat menyebabkan Bella menjadi lemah dan keluarga Cullen memilih untuk menggugurkan kandungan namun ditentang habis-habisan oleh Bella. Keputusan mengenai kandungan Bella tergantung di sini... Tension betul aku...Hemm..
Bahagian kedua disambung melalui perspektif Jacob Black dan menceritakan mengenai kandungan Bella yang menjadi isu kepada kawanan serigala lain. Mereka ingin membunuh Bella dan kandungan, lalu Jacob sebagai hero telah menghalang dan akhirnya membentuk kawanan serigala sendiri. Bella akhirnya menjadi vampire semasa melahirkan Renesmee. Paling tidak ku sangka rupanya Renesmee ni lah jodoh Jacob. (Magic serigala ni iaitu depa boleh jatuh cinta pandang pertama dengan jodoh depa walaupun budak tu masih bayi?)
Bahagian ketiga dari perspektif Bella melalui kehidupan barunya sebagai vampire. Konflik terjadi bila Irina, juga seorang vampire menyangka Renesmee merupakan 'immortal child' dan melaporkan kepada Volturi. Keluarga Cullen mengumpulkan semua vampire dari serata dunia untuk menjadi saksi yang Renesmee tidak merbahaya. (Aku tertanya-tanya, takde vampire dari Asia, jadi Pontianak Harum Suldal Malam tak menerima jemputan ni). Pada masa ini, Bella menunjukkan skil barunya iaitu membuat aura perlindungan. Alice dan Jasper menyelamatkan keadaan dengan membawa Nahuel, seorang vampire + manusia yang mendemostrasikan bahawa makhluk campuran macam dia dan Renesmee tak berbahaya. Malah, aku tak puas hati sebab Nahuel kata dia berhenti membesar pada umur 17 tahun dan kekal macam tu selama-lamanya.. Mana aci, lau tak tua.
Kesimpulannya, aku menyukai cerita ni. Namun aku belum cukup duit untuk buat koleksi. Aku tengok di Popular harga 1 set iaitu 4 buah ialah RM 188.00. Hari tu baca, pinjam kawan punye.. Thanks Anah..