Tuesday, April 20, 2010

Trifle


Aku dah lama tak mencuba resipi-resipi baru.. Boring juga kekadang asyik makan makanan yang sama aja..

Hari ni dengan penuh mithalinya aku dengan penuh kerajinan untuk buat sesuatu.. Lagipun esok ada jamuan potluck sempena dengan perpisahan budak praktikum sekolah aku dan malamnya aku plan nak rumah mak cik, jadi leh la bawak sebagai buah tangan..

Aku buat trifle. Aku pernah makan sekali saja tapi kesedapannya aku masih ingat sampai hari ni. Aku selalu cuba resepi2 dari myresipi.com. Resipi trifle ini pula http://www.myresipi.com/top/detail/421. tapi aku dah ubah sikit. aku buat guna buah laici. yang putih2 kat atas tu hirisan buah laici la.. hehe.. fail sikit bab2 hiasan ni..

Esok aku updates komen dari kengkawan..

persediaan BBQ



Cikgu gang muda-muda sekolah aku dah lama plan nak pi BBQ.. Aku ikut ajer.. rupanya banyak persediaan perlu ada sebelum berBBQ ni.. jadi entri ni ditulis sebagai panduan dan peringatan kat aku.. Jadi lain kali aku nak BBQ aku semak balik entri ni ajelah..

BAHAN MAKANAN

- air kosong
- air sejuk ( buat ketul ais, nanti ais cair dapatlah minum ar sejuk)
- BBQ nya apa sahaja makanan yang boleh dibakar
ayam / daging yang telah diperap
udang / sotong / ikan / kerang
sosej
jagung (disapu mentega)
- sos
- nasi /bihun / mee /keowteow
- lain2 makanan ringan

ALATAN BBQ

- dawai jaring / tempat bakar / pemanggang
- pemetik api
- getah tayar (supaya api senang hidup dan tahan lama)
- kayu / ranting kecil
- arang (di kedai ada 2 jenis arang - arang pokok bunga orkid dan arang BBQ )
- pengepit
- batang bunga kantan / daun pandan yang disimpulkan / batang serai untuk digunakan merenjis daging BBQ

ALATAN LAIN

- surat khabar (banyak kegunaannya - boleh buat lapik duduk, hidupkan api, tutup makanan, mahupun bahan bacaan di masa lapang)
- tong air
- tisu
- khemah (senang nak berehat @ salin baju)
- tikar
- radio
- pinggan, cawan
- plastik sampah

KALAU ADA TEMPAT MANDI

- sepersalinan baju (luar dan dalam) n tudung
- tuala / kain batik / pelekat

Setakat malam ni, ingat yang tu saja.. nanti aku kena tambah kalau teringat apa-apa lagi..

Pelancaran blog

Lamanya x updates di sini... Walaupun banyak perkara nak dikongsikan, tapi tak sempat nak curi masa bagi mengemas kini blog ni.. Hati terasa cemburu dengan blog rakan-rakan yang jauh lebih mantap...

Sekitar bulan 3 hari tu, banyak masa dihabiskan untuk pelancaran blog pss sekolah aku..

1. Kena siapkan blog tu ( dengan bantuan best friend aku, H ) dari mula layoutnya sampailah ke segala maklumat dan isi kandungan yang patut ada..
2. kena buat montaj pelancaran.. Alhamdulilah, segala penat lelah dan tak cukup tidur akhirnya berbaloi sebab dapat pujian dari cikgu lain dan pelajar- pelajar. pelajar minta buat bengkel untuk depa sebab depa nak berblog juga.. Mungkin semester 2 ni kot.
3. siapkan facebook PSS.. malah 3 hari lepas pelancaran, terus ada kes... siap buat laporan polis lagi.. ( next entry cerita )
4. latih budak untuk wat persembahan sketsa.. berbaloi juga latihan hanya 2 hari kerana budak-budak lain berdekah2 ketawa... terima kasih diucapkan kepada 5K2..

Alhamdulillah.. Pelancaran berjalan lancar... Sekarang masa ditumpukan untuk projek2 lain pulak...